1) Jawatan
Hang Tuah di dalam kerajaan Melaka ialah ______________. (Bendahara, Laksmana)
2) Hang
Tuah dan empat orang kawannya iaitu ________________, Hang Kasturi, Hang Lekir
dan Hang Lekiu merupakan pahlawan Melaka. ( Hang Jebat, Hang Nadim)
3) Hang
Tuah mempunyai sebilah keris yang dipanggil _____________ ( Keris Mas, Taming
Sari)
4) Kata-
kata Hang Tuah yang terkenal ialah______________. (Takkan melayu hilang di
dunia, melayu pantang derhaka)
5) Hang
Jebat telah _____________ kepada sultan apabila Hang Tuah telah dijatuhkan
hukuman bunuh tanpa usul periksa. ( menderhaka, berbangga)
Petikan dibawah merupakan kronologi kisah hidup Hang Tuah
lima bersaudara. Murid dikehendaki menyusun dengan betul petikan dibawah
1) Hang
Tuah Berjaya membunuh seorang Jawa yang bernama Taming Sari dan beliau telah
dianugerahi keris Taming Sari oleh Bentara Majapahit.
2) Bendahara
menceritakan perkara yang sebenar dan akhirnya sultan telah memanggil semula
Hang Tuah.
3) Hang
Tuah dilahirkan di kampong Sungai Duyung, Melaka.
4) Apabila
Hang Tuah balik semula ke Melaka, beliau telah menyelamatkan Bendahara daripada
seorang lelaki yang mengamuk.
5) Hang
Tuah Berjaya membunuh Hang Jebat yang derhaka.
6) Hang
Tuah bertarung dengan Hang Jebat.
7) Hang
Tuah telah difitnah dan dihukum bunuh oleh sultan tetapi Bendahara hanya
menyembunyikan Hang Tuah di Hulu Melaka.
8) Hang
Tuah telah dilantik sebagai Laksmana Melaka.
9) Hang
Jebat telah mengamuk dan menuntut bela diatas kematian Hang Tuah.
10) Hang
Tuah dan empat orang sahabatnya telah menuntut ilmu bersama Adi Putra di Gunung
Ledang.
No comments:
Post a Comment